Bosan...






















nukilan zuhreen hasan,
di-scan by bella bunga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nabi Saleh A.S


Nabi Saleh A.S. dengan rasa rendah hati menghadap ke hadrat Allah SWT berdoa, bermohon kepadaNya agar memberikan kepadanya satu mukjizat bagi membuktikan kebenaran risalah dan ajarannya sekaligus mematahkan segala tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia bermohon kepada Allah SWT supaya menciptakan seekor unta betina yang dikeluarkan daripada sebuah batu karang yang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit di situ.


Maka sejurus kemudian dengan keizinan daripada Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta, terbelahlah batu karang itu dan keluarlah seekor unta betina daripadanya. Dengan menunjukkan kepada binatang yang baru keluar daripada perut batu besar itu, berkatalah Nabi Saleh A.S. kepada kaumnya; “Inilah unta yang Allah SWT telah datangkan kepada kamu sekalian sebagai bukti. Oleh itu janganlah kamu ganggui dia dan biarkanlah dia mencari makanannya sendiri di atas muka bumi Allah SWT ini. Dan satu perkara lagi iaitu, unta ini akan bergilir-gilir dengan kamu dan ternakan kamu bagi mendapatkan air minuman dan ketahuilah bahawa Allah SWT akan menurunkan azab-Nya sekiranya kamu cuba mengganggu unta ini.”

Unta Nabi Salleh A.S. bebas berkeliaran memakan rumput sesuka hatinya tanpa gangguan. Begitu juga, apabila tiba gilirannya untuk minum air, tiada seekor binatang lain berani menghampirinya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pada pemilik-pemilik binatang itu yang makin hari semakin merasakan bahawa dengan kedatangan unta itu di tengah-tengah masyarakat mereka itu merupakan gangguan, bagaikan duri yang melintang di dalam kerongkong. Tetapi, dengan berhasilnya Nabi Saleh A.S. mendatangkan mukjizat itu, maka gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usaha mereka ingin menjatuhkan dan menghilangkan pengaruh Nabi Sa leh A.S. bahkan sebaliknya telah menebalkan pula kepercayaan orang ramai dan menghilangkan rasa ragu-ragu ter hadap ajaran yang dibawa olehnya. Kini dendam kaum Tsamud semakin kuat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bahtera Nabi Nuh



Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah", masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis.
Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan.berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka.Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ".

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala dan kembali kepada tauhid menyembah Allah Tuhan sekalian alam melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan oleh Syaitan dan Iblis.
Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri.Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada mereka bahwa akan ada gajaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tanaganya berdakwah kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka terbyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dpt menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan mengagalkan usaha dakwah Nabi nuh.

Berkata mereka kepada Nabi Nuh:"Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeda drp kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-Nya, nescaya Ia akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya dpt diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh petani orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka seperti sampah masyarakat.Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Cuba agama yang engkau bawa dan ajaran -ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis pengikut-pengikutmu itu. kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah mudak kami menerima ajakanmu dan dakwahmu.Engkau tidak mempunyai kelebihan di atas kami tentang soaL-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup.kami jauh lebih pandai dan lebih mengetahui drpmu tentang hal itu semua.nya.Anggapan kami terhadapmu, tidak lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalh pendusta belaka."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

a story of donut

hari ni kami dijadikan dengan penuh kasih sayang,
kisah kami tercipta tatkala cik bunga teringin untuk merasai kami lantas cik ayu dengan tekun menjadikan kami dalam bentuk doh yang lembut..


kami kemudiannya dibiarkan tidur selama satu jam di bawah kain selimut yang lembab, suam-suam kuku gitu..











selepas satu jam, kami telah berubah menjadi saiz berganda!

setelah itu kami digelek rata di atas papan pemotong sebelum ditekap menjadi bulatan kecil..
hasilnya, kami yang sebelum ini bergabung berubah kepada 54 bulatan kecil dengan lubang kecil dibentuk di tengah-tengah kecuali 12 daripada kami sekadar menjadi bulatan penuh dan saat itu kami tahu 12 itu bukanlah sejenis dengan kami lagi..mereka bakal diletakkan bendasing seperti sambal dan timun di tengah-tengah, bukanlah disapu manisan seperti kami bakal rasakan..

kami dibiarkan lagi sehingga berkembang 2x ganda..
setelah itu,satu demi satu dimandikan dalam lautan minyak yang panas..
tapi kami tidak terseksa kerna dengan mandi dengan minyak panas itulah kami bakal berubah menjadi sesuatu yang enak dimakan :)


maka kami pun siap untuk diberi dressing..
sebahagian mendapat salutan putih suci bak salju manakala sebahagian lagi disalut coklat lembut dan ditabur warna-warni di atasnya..









akhirnya cik bunga,cik ayu dan 2 sahabat gembira menikmati kesedapan kami..
alhamdulillah, kami berjaya menggembirakan hati mereka hendaknya..
sampai berjumpa lagi...

nukilan,
si donut :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nabi Idris

Latar belakang

Idris atau Nabi Idris a.s. (Arab: إدريس ) adalah salah seorang rasul yang merupakan putra Adam yang pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah Adam sendiri dan Shiyth a.s. Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang menjadi keturunan pertama yang diutus menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth. Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1000 tahun setelah Nabi Adam wafat.


Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk menciptakan alat-alat untuk mempermudah pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, astronomi, dan lain sebagainya. Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa di mana kebanyakan manusia akan melupakan Allah sehingga Allah menghukum manusia dengan bentuk kemarau yang  panjang. Nabi Idris pun memohon kepada Allah untuk mengakhiri hukuman tersebut. Allah mengabulkan permohonan itu dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan ditandai turunnya hujan.

Menurut riwayat, Nabi Idris bermukim di Mesir di mana beliau berdakwah untuk menegakkan agama Allah, mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari siksa dunia dan akhirat. Menurut buku berjudul The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris adalah sebutan atau nama Arab bagi Enoch, nenek moyang Nabi Nuh. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia pilihan Allah sehingga Dia mengangkatnya ke langit. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada di langit keempat ditemani oleh seorang malaikat. Beliau hidup sampai usia 82 tahun..... (cont.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makna Bacaan Dalam Solat

Revision:

Semalam Iqa bercerita tentang perkara zahir yang paling berat iaitu solat dan perkara batin yang berat adalah sabar..

Jadinya, hari ni kita tengok yang part perkara zahir yang paling berat iaitu SOLAT. Kita solat, ya, tak nafikan. Kita solat setiap hari, 5 kali sehari, termasuklah solat-solat sunat, InsyaAllah...

Tapi, adakah kita faham apa yang kita baca dalam solat tu? Ataupun hanya sekadar 'rutin'? Masuk waktu solat kita pun tunduk bangun, tunduk bangun (lepas wuduk!).

Jom! Kita tengok dan cuba ingat makna bacaan dalam solat kita. Moga-moga lebih terasa khusyuk dalam solat. InsyaAllah.

kalau belum solat, solat dulu ye, baru sambung baca...

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

amalan PALING berat!

Tahukah anda??

1)seberat-berat amalan batin ialah sabar
2)seberat-berat amalan zahir adalah solat

 urm,kenapa ekh solat dan sabar itu dikatakan amalan yang paling susah?bukanke hari2 kita solat?pastu,xdela hari2 saya marah orang yg nk kata susah sgt sabar tu...
okie,sekarang cuba fikirkan balik,soalan2 ni:
-adakah kita betul2 khusyuk dalam solat?
-adakah kita solat di awal waktu?
-kalau tengah tidur (esp time subuh),senang ke kita nk terus bangun bila wktu subuh da masuk?
dan sabar pula ialah ketetapan hati utk melakukan sesuatu dan dlm menanggung kesukaran.Tanyalah hati kita, cukup sabarkah kita menghadapi ujian2 Allah selama ni?sedangkan ujian menghadapi peperiksaan pun kita dah selalu mengeluh dan nk give up,macam mana pula dgn ujian2 yg lain pula?bersediakah kita utk bersabar?


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (2:153)


Dalam ayat di atas ,Allah telah menunjukkan kita cara utk menghadapi semua masalah di dunia ini,iaitu dg bersabar dan solat.Kenapa dikatakan begitu?Kerana jika kita mampu bersabar dgn masalah kita,itu juga bermakna kita x akn pernah berhenti berusaha utk menyelesaikannya dan kita juga akn berusaha sehabis baik untuknya.Dan dengan mengerjakan solat itu bermakna,kita kembali kpd Allah dan meletakkan pergantungan hanya kepadaNya.InsyaAllah dengan melaksanakn kedua-dua ini, Allah pasti akan membantu kita dgn caraNya yg terbaik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa untuk menghadapi peperiksaan

study2! jangan tido... :p

Minggu ini merupakan minggu SWOTVAC bagi kami di UQ. SWOTVAC ni macam 'study leave' la sebenarnya. SWOTVAC tu istilah yang digunakan di sini. Merujuk kepada 'Study Without Teaching Vacation. (tanx p.cik google ^_^).  Ada sesetengah universiti di Australia ini dah pun start minggu exam mereka, tapi kami di sini hari exam pertama universiti adalah pada 11 Jun 2011, Sabtu nanti. Walau di state mana pun sahabat berada di Australia ini, yang sedang dan bakal menghadapi hari-hari peperiksaan dan juga buat sahabat-sahabat di Malaysia mahupun negara-negara lain, semoga urusan pembelajaran kita semua dipermudahkanNya, InsyaAllah.

Kalau zaman sekolah dulu, di samping mengajar, cikgu akan ajar doa-doa yang berkaitan untuk kita bukan? Tapi dah besar-besar ni, kena pandai-pandai berdikari. Saya cari balik doa-doa yang boleh kita amalkan. Moga ada kebaikannya, InsyaAllah.

Doa memulakan ulangkaji:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ


Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa pada hari peperiksaan

Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


Ketika menerima kertas soalan:


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

atau


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Jika sahabat terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.  

SALAM IMTIHAN... BITTAUFIQ WANNAJAH~



1.43pm... 
Ayu Saidi,
Social Science Library, UQ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blog BaitulFateh

~ahli BaitulFateh~
Kami berbeza latar belakang. Kami datang dari sekolah berlainan. Kami datang dari 3 negeri berlainan. Kami punya minat yang berlainan. Kami punya imej yang berlainan. Kami punya perangai yang berlainan. Kami belajar 3 bidang yang berlainan. Kami punyai hobi yang berlainan. Kami juga melalui ‘jihad’ untuk membaiki diri yang berlainan.

Tapi,

Kami punyai satu akidah yang sama. Satu fikrah yang sama.

Dan kini, kami berada di dalam satu rumah yang sama juga. Dan kami gembira untuk terus bersama BF kami. Bukan BF = BoyFriend. Tapi BF = Baitul Fateh.

Dan kami adalah:

1) Ayu Saidi


2) Bella Hana

3) Nurartiqah

4) Zuhreen Hassan
  • pelajar tahun kedua jurusan Fizik

Tentang Baitul Fateh


Baitul Fateh sebenarnya nama rumah kami berempat. Kenapa perlu diberi nama? Sebabnya, tak best la kalau kawan-kawan Brisbane cakap, 'nak gi umah Bella'.
p/s: Bella, contoh je tu tau.. :D

Sedangkan ini juga rumah kami bersama. Bayar sewa sama banyak.. hehe... Eh, tak adalah. Alasan tak berapa nak matang je tu. Sebenarnya tak ada sebab musabab yang jelas pun. Allah yang ilhamkan kami untuk memberi nama rumah ini sebagai BF, BoyFriend Baitul Fateh. ^____^

Dan, InsyaAllah rumah ini bukanlah sia-sia. Ada manfaatnya. Kami ingin menjadikan BF sebagai tempat/rumah kami bersama-sama memperbaiki kelemahan diri. Bukan hanya tempat untuk kami mencari manfaat tapi juga tempat sahabat-sahabat Brisbane mencari manfaat. Sebab, kami tak nak masuk jannah 4 orang je, tapi kami nak masuk jannah ramai-ramai. Dengan awak. Ya, dengan awak, awak, awak, dan awak semuaaaa!  *senyum panjang lebar penuh pengharapan*

Tentang baitulfateh.blogspot.com

Sambungan dari misi yang sama, kami nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang lain di luar BF pula iaitu di alam maya. Maklumla sekarang kan dunia di hujung jari.... :D

InsyaAllah di sini, kami akan post kan artikal-artikal perkongsian setiap kulim (kuliah lima minit) yang kami rutinkan mengikut giliran setiap hari selepas Maghrib sambil menunggu Isyak, kecuali hari-hari berkecuali... ^_^

InsyaAllah, di sini juga kami akan kongsikan artikal-artikal yang bermanfaat untuk sesama kami secara khususnya dan untuk sahabat BF secara amnya. Post ini mungkin akan sama dengan post dari blog kami (dan kemungkinan besar dari TZ sendiri.. ^_^)

InsyaAllah, di sini juga akan jadi medan untuk kami kongsikan diari atau mungkin aktiviti atau apa-apa jua yang berkaitan BF sendiri.

InsyaAllah, setiap artikal yang kami kongsikan di sini akan disertakan link ke rujukan asal jika tidak ditulis sendiri.

Akhir kata, moga blog BF ini akan memberi manfaat. Jika tidak untuk orang lain, yang pasti untuk manfaat kami, ahli BF, InsyaAllah, dengan keizinanNya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS