Persediaan Ramadhan 1432H

Lama rasanya BaitulFateh.blogspot berdiam diri tanpa pengisian.

AhlulBait berjaulah ke Melbourne, New Castle, Sydney dan ada seorang yang pulang ke Malaysia.

Dan Alhamdulillah hari ini BF sudah penuh kembali. Dan juga meriah dengan kehadiran 3 orang tetamu, adik-adik baru datang.

--Allahumma Balighna Ramadhan--
Hari ini, 25 Julai 2011, merupakan hari pertama persekolahan semester 2, 2011. Dan Alhamdulillah malam ini kami boleh duduk bersama untuk Kulem (Kuliah Lepas Maghrib).

Bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjelma, kami berkongsi-kongsi tentang Ramadhan.

Persoalan: Kalau dalam exam, ada gred A, gred B dan sebagainya. Puasa pun ada gred jugakah?

Jawapan: Mengikut sebahagian para ulama, tingkatan puasa terbahagi kepada tiga peringkat atau tiga gred.

1. Puasa orang awam
Hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa. Manakala perkara-perkara makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan.

2. Puasa orang khas
Puasa ini cuba menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti puasanya.

3. Puasa paling khas
Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara yang membatalkan puasa, tetapi  perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara sunat amat dipentingkan. Anggota badan turut sama berpuasa. Hati pula sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Apabila melihat kepada tiga gred puasa ini, mesti gred ketiga yang paling kita semua harapkan. Mestila kan? Puasa yang terbaik. Yang akan dapat ganjaran pahala yang paling banyak. Puasa itu juga puasa yang paling berjaya mengubah diri si pelakunya.

Tapi, cuba tengok balik Ramadhan kita tahun lepas. Apa yang kurang yang perlu ditambah? Apa yang lebih yang boleh dikekalkan?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS