BF dan Kami

Kami berbeza latar belakang. Kami datang dari sekolah berlainan. Kami datang dari 3 negeri berlainan. Kami punya minat yang berlainan. Kami punya imej yang berlainan. Kami punya perangai yang berlainan. Kami belajar 3 bidang yang berlainan. Kami punyai hobi yang berlainan. Kami juga melalui ‘jihad’ untuk membaiki diri yang berlainan.

Tapi,

Kami punyai satu akidah yang sama. Satu fikrah yang sama.

Dan kini, kami berada di dalam satu rumah yang sama juga. Dan kami gembira untuk terus bersama BF kami. Bukan BF = BoyFriend. Tapi BF = Baitul Fateh.

Dan kami adalah:

1) Ayu Saidi


2) Bella Hana

3) Nurartiqah
  • pelajar tahun kedua jurusan Fizik
  • juga pemilik 

4) Zuhreen Hassan
  • pelajar tahun kedua jurusan Fizik

Tentang Baitul Fateh


Baitul Fateh sebenarnya nama rumah kami berempat. Kenapa perlu diberi nama? Sebabnya, tak best la kalau kawan-kawan Brisbane cakap, 'nak gi umah Bella'.
p/s: Bella, contoh je tu tau.. :D

Sedangkan ini juga rumah kami bersama. Bayar sewa sama banyak.. hehe... Eh, tak adalah. Alasan tak berapa nak matang je tu. Sebenarnya tak ada sebab musabab yang jelas pun. Allah yang ilhamkan kami untuk memberi nama rumah ini sebagai BF, BoyFriend Baitul Fateh. ^____^

Dan, InsyaAllah rumah ini bukanlah sia-sia. Ada manfaatnya. Kami ingin menjadikan BF sebagai tempat/rumah kami bersama-sama memperbaiki kelemahan diri. Bukan hanya tempat untuk kami mencari manfaat tapi juga tempat sahabat-sahabat Brisbane mencari manfaat. Sebab, kami tak nak masuk jannah 4 orang je, tapi kami nak masuk jannah ramai-ramai. Dengan awak. Ya, dengan awak, awak, awak, dan awak semuaaaa!  *senyum panjang lebar penuh pengharapan*

Tentang baitulfateh.blogspot.com

Sambungan dari misi yang sama, kami nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang lain di luar BF pula iaitu di alam maya. Maklumla sekarang kan dunia di hujung jari.... :D

InsyaAllah di sini, kami akan post kan artikal-artikal perkongsian setiap KuLiM (kuliah lepas Maghrib) yang kami rutinkan mengikut giliran setiap hari selepas Maghrib sambil menunggu Isyak, kecuali hari-hari berkecuali... ^_^

InsyaAllah, di sini juga kami akan kongsikan artikal-artikal yang bermanfaat untuk sesama kami secara khususnya dan untuk sahabat BF secara amnya. Post ini mungkin akan sama dengan post dari blog kami (dan kemungkinan besar dari TZ sendiri.. ^_^)

InsyaAllah, di sini juga akan jadi medan untuk kami kongsikan diari atau mungkin aktiviti atau apa-apa jua yang berkaitan BF sendiri.


InsyaAllah, setiap artikal yang kami kongsikan di sini akan disertakan link ke rujukan asal jika tidak ditulis sendiri.

Akhir kata, moga blog BF ini akan memberi manfaat. Jika tidak untuk orang lain, yang pasti untuk manfaat kami, ahli BF, InsyaAllah, dengan keizinanNya..












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS